Biografi Mark Hamill

Awal hidup dan pendidikan

Mark merupakan seorang dari tujuh adik-beradik[1] yang lahir kepada Virginia Suzanne (née Johnson) and Kpt. William Thomas Hamill (dari Tentera Laut Amerika Syarikat).[2] Bapanya sering bertukar tempat dalam menjalani tugasannya sehingga Mark sering bertukar sekolah dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Ayahnya ditempatkan di Jepun semasa tahun awal tahap sekolah tingginya di mana Mark menjalani pendidikan di Nile C. Kinnick High School di Yokohama - di situlah juga beliau menghabiskan persekolahannya pada tahun 1969.[3][4] Beliau meneruskan pengajiannya di Los Angeles City College di mana beliau lulus bidang drama.[5]